Jurunikah Perkahwinan

PENGENALAN

Masjid Taman Kelisa Ria menyediakan perkhidmatan perkahwinan dan jurunikah bertauliah bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan setiap makhluk-Nya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hamba-Nya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia.

Berdasarkan beberapa firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(An-Nuur 24:32)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Ar-Ruum 30:21)

Dapatlah kiranya kita memahami bahawa perintah-printah ini harus difahami oleh masyarakat pada zaman sekarang, yang pasti apabila diikuti, maka terbentuklah persekitaran yang menyejukkan mata lagi membawa keberkatan dalam sesebuah kehidupan bermasyarakat.

PENDAFTARAN

Borang boleh didapati di Masjid Taman Kelisa Ria pada waktu pejabat.

Untuk urusan pernikahan dan pendaftaran atau sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi pegawai Masjid Taman Kelisa Ria di:

Jurunikah Masjid Taman Kelisa Ria (*akan dimaklumkan kemudian)

JOM SUPPORT MASJID!

shares