Tentang Masjid

Perutusan Pengurus Masjid

Assalammualaikum,

Setinggi – tinggi kesyukuran saya panjatkan di atas keizinan-Nya yang akhirnya laman web Masjid Taman Kelisa Ria telah berjaya dizahirkan sebagai wadah interaktif dalam menuju era globalisasi. Laman web rasmi Masjid Taman Kelisa Ria merupakan transformasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah penubuhan yang berpaksikan visi dan misi yang menjadi tunjang belakang masjid. Pembangunan laman web ini juga adalah dapat menyebarkan maklumat mengenai aktiviti – aktiviti masjid dan peristiwa semasa di masjid serta soal jawab agama kepada masyarakat.

Penghasilan laman web ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai Masjid Taman Kelisa Ria kepada masyarakat. Akhir kata, saya mengharapkan agar masyarakat dapat makluman terkini mengenai kegiatan masjid ini,agar mereka dapat terlibat dengan program di Masjid Taman Kelisa Ria secara aktif dan konsisten.

USTAZ HJ HANIF B. MOHD HALID
IMAM 1 MASJID TAMAN KELISA RIA

JOM SUPPORT MASJID!

shares